PROJEK TEATER SIRI #Yusof Bakar: ROMANSIPROKAL
By Rumah Lakon Follow | Public

Projek Teater Siri merupakan sebuah projek bersama lapan (8) pengarah daripada Kumpulan Pertama First time Directing Workshop anjuran Revolution Stage yang kini bergerak secara mandiri bersama kolektif Rumah Lakon. Projek ini adalah salah satu initiatif baru mereka secara berkumpulan untuk kekal akftif bergiat dan menjayakan sekurang-kurangnya satu projek setiap tahun. Maka bagi permulaan tahun 2020 ini, mereka telah sepakat memilih untuk mementaskan sekumpulan naskah pendek yang ditulis oleh Yusof Bakar.

Romansiprokal adalah tema utama bagi projek kali ini. Gabungan dua perkataan; Romance dan Reciprocal – secara literalnya, membawa makna romantik, cinta dan berbalasan yang akan menyajikan para penonton eksplorasi tema Cinta, Kaseh dan Sayang dalam hubungan, institusi kekeluargaan dan jalinan antara seseorang individu itu dengan masyarakat sekelilingnya. Di samping itu, percubaan eksperimentasi terhadap balasan, respons dan reaksi diantara pelakon terhadap isu yang diangkat dalam setiap naskah yang dipilih oleh pengarah yang terlibat, dengan melihat perspektif yang berbeza diantara pengarah dan juga para pelakon.

Announcements
  • Apr 24, 2020

    Seperti sedia maklum bahawa PKP telah dilanjutkan dan dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Salam Ramadan & Selamat Berpuasa buat semua... read more Seperti sedia maklum bahawa PKP telah dilanjutkan dan dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Salam Ramadan & Selamat Berpuasa buat semua rakan-rakan Muslim yang menyambutnya. Dalam usaha mengekalkan aktiviti kesenian dalam tempoh PKP ini, Rumah Lakon bersama Live in My Poetry dengan rendah hati, menjemput anda semua ke acara maya kecil kami seperti berikut: SESI BACAAN SKRIP ONLINE via ZOOM Stay A(r)t Home ROMAN + SIPROKAL Projek Teater Siri Yusof Bakar Tarikh : 1-3 Mei 2020 Masa: 3 petang Daftar: Percuma! (daftar di Peatix dengan link Di bawah mengikut sesi) Link untuk Daftar bagi SESI BACAAN SKRIP VIA ZOOM 1 Mei 2020 https://romansiprokal001.peatix.com/ 2 Mei 2020 http://romansiprokal002.peatix.com 3 Mei 2020 http://romansiprokal003.peatix.com DAFTAR SEKARANG kerana tempat adalah terhad! **Setiap sesi limit 30 orang sahaja #supportyourlocalartscene #Romansiprokal #ProjekTeaterSiriYusofBakar #rumahlakon #liveinmypoetry #KitaJagaKita #SeniUntukSemua show less

Comments